WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QOUTES IN MY WEBSITE.

 


PEMAJMUKAN


Maksudkata yg terdiri daripada dua atau lebih perkataan.


Kata majmuk tak boleh disisipkan dengan perkataan lain.


Contoh : balai raya ✔️

              : balai yang raya ❌️


> kata majmuk yang telah mantap ejaannya sebagai serangkai :


Contoh : beritahu, setiausaha, olahraga, warganegara


(Senang ingat perkataan tu rapat dan dibaca satu perkataan)


JENIS KATA MAJMUK ada 3 :


1. RANGKAI KATA BEBAS

Contoh : lampu isyarat, lebuh raya, pasar malam


2. ISTILAH KHUSUS (ingat pelajaran mcm sains, matematik tu semua)


Contoh : segi empat (pelajaran matematik)

              : ayat aktif transitif ( pelajaran BM)


3. MENGANDUNGI MAKSUD KIASAN (ingat simpulan bahasa)

Contoh : buah tangan, anak emas


"Jangan keliru antara KATA MAJMUK dengan FRASA" OK😎