WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QUOTES IN MY WEBSITE.

 

Sintaksis Ayat

Assalamualaikum semua, hari ini aku nak memberikan nota tentang sintaksis ayat. Korang semua boleh rujuk dekat Objektif Ayat (Sintaksis)

Objektif Ayat (sintaksis) :

1. Mengetahui maksud ayat.

2. Mengetahui ciri-ciri ayat.

3. Terdapat 9 basic ayat iaitu : 

  • Golongan ayat
  • Pola ayat dasar
  • Jenis ayat
  • Bentuk ayat
  • Ragam ayat
  • Susunan konstituen ayat
  • Cara/proses penerbitan ayat
  • Analisis konstituen ayat
  • Rajah pohon

Maksud ayat :

Ayat ialah unit tatabahasa yang terbesar yang menduduki tahap tertinggi dalam tatatingkat / hierarki tatabahasa.


Ciri ayat :

  • Ayat mengandungi idea yang lengkap.
  • Ayat diucapkan dengan didahului dan diakhiri oleh kesenyapan.
  • Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
  • Ayat diucapkan dengan intonasi tertentu.


BASIC AYAT YANG KORANG PERLU TAHU ! YUK SEMAK ! 


1) GOLONGAN AYAT

  • Ayat dasar - ayat dasar ialah ayat inti.
  • Ayat terbitan - ayat terbitan ialah ayat yang diterbitkan daripada ayat dasar.

2) POLA AYAT DASAR 

  • FN + FN -Bapa Ali penoreh getah. ( Bapa ali-subjek FN + penoreh getah-predikat FN)
  • FN + FK - Bapa Ali menoreh getah. ( Bapa Ali -subjek FN + menoreh getah-predikat FK)
  • FN + FAdj - Bapa Ali rajin menoreh. ( Bapa Ali-subjek FN + rajin menoreh-predikat FAdj)
  • FN + FSendi nama - Bapa Ali di kebun getah. ( Bapa Ali-subjek FN + di kebun getah-predikat FSendi nama)


3) JENIS AYAT

Ayat penyata 

  • ayat penyata disebut sebagai ayat berita ( sama seperti ayat dasar)
  • simbol ayat penyata ( . )


Ayat tanya 

  • Ayat tanya ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk mendapatkan maklum balas /respons iaitu jawapan tentang sesuatu yang ingin diketahui oleh orang yang bertanya.
  • Simbol ayat tanya ( ? )


Ayat perintah

  • Ayat perintah ialah ayat yang memberikan perintah atau arahan tentang sesuatu kepada orang yang mendengar iaitu orang kedua.
  • Ayat perintah ada 5 jenis iaitu ayat suruhan, ayat larangan, ayat silaan, ayat permintaan, dan ayat ajakan.


Ayat seruan

  • Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti marah, sedih, terkejut, kagum, gembira, geram dan sebagainya.
  • Ayat yang menggunakan kata seru seperti amboi, ceh, wah, cis, oh, syabas, aduh dan sebagainya.
  • Simbol ayat seruan ( ! )


4) BENTUK AYAT

Ayat tunggal

  • ayat yang terdiri daripada satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat ( ayat tunggal ialah satu klausa saja)


Ayat majmuk

  • Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada 2 klausa / lebih.
  • Ayat majmuk ada 3 jenis iaitu ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran.

5) RAGAM AYAT

  • Ayat aktif - ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai judul/unsur yang diterangkan dan ayat ini mengandungi kata kerja aktif.
  • Ayat pasif - ayat yang mengutamakan objek asal sebagai judul/unsur yang diterangkan.


6) SUSUNAN KONSTITUEN AYAT

  • Ayat susunan biasa - ayat yang terbina dengan unsur subjeknya mendahului unsur predikat.
  • Ayat susunan songsang - ayat yang unsur predikatnya mendahului unsur subjek / predikat didahulukan, subjeknya dikemudiankan.

7) CARA / PROSES PENERBITAN AYAT

Proses pengguguran

  • Proses pengguguran ialah proses menerbitkan ayat dengan cara melakukan penghilangan terhadap sesuatu unsur dalam ayat yang terlibat.
  • Proses pengguguran ada 4 jenis iaitu pengguguran frasa nama, pengguguran frasa predikat, pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif dan pengguguran kata nama yang menjadi inti frasa nama subjek.


Proses penyusunan semula

  • Penyusunan semula ialah prises menerbitkan ayat dengan cara mengubah susunan / kedudukan kata, bentuk / binaan kata dalam sesuatu ayat mengikut peraturan tertentu.
  • Penyusunan semula ada 3 jenis iairu penyusunan semula frasa nama subjek, penyusunan semula frasa nama objek dan penyusunan semula melalui ayat songsang.


Proses peluasan

  • Proses peluasan ialah memberikan maklumay tambahan kepada bahagian-bahagian ayat sama ada bahagian subjek / predikat.
  • Proses peluasan ada 4 jenis iaitu peluasan frasa nama subjek, peluasan frasa nama predikat, peluasan dengan kata hubung dan peluasan melalui komplementasi.

8) ANALISIS KONSTITUEN AYAT


Analisis konstituen ayat


9) RAJAH POHON

Rajah pohon


QUOTES TODAY

"Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful." - Albert Schweitzer