WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QOUTES IN MY WEBSITE.


Hari ini aku nak terangkan pada korang tentang pembentukan kata atau proses morfologi. So korang janganlah confuse kalau soalan tu minta "nyatakan jenis proses morfologi?" OR "nyatakan jenis pembentukan kata?". Sebab kedua-dua soalan ini minta benda yang sama. GOT IT?


Kita teruskan dengan nota kita iaitu jenis proses morfologi yang pertama  (pengimbuhan).



1. PENGIMBUHAN



Pengimbuhan ni sama je dengan kata terbitan. So korang jangan confuse OK.

Imbuhan terbahagi kepada 4 iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.


IMBUHAN YANG MENERBITKAN KATA NAMA


a. AWALAN KATA NAMA


1. pe- = pesakit, pekebun

2. peN- ada 6 alomorf :

     * pe- = pelari, pewaris

     * pem- = pemikat, pembawa

     * pen- = penagih, pendatang

     * peng- = pengikut, penggali

     * peny- = penyampai, penyakit

     *penge- = pengecop, pengecat

3. pel- = pelajar

4. per- = pertapa

5. ke- = ketua, kekasih

6. juru- = jurumudi, juruacara

7. maha- = maharaja, mahasiswa

8. tata- = tatacara, tatabahasa

9. pra- = prasejarah, prasangka

10. sub- = subtajuk, subsektor

11. supra- = supralami, supranasional

12.eka- = ekamatra, ekabahasa

13. dwi- = dwibahasa, dwifungsi

14. tri- = trilion, tribulanan

15. swa- = swasta, swafoto

16. tuna- = tunakarya, tunabusana

17. panca- = pancaindera, pancalogam

18. pasca- = pascakata, pascaijazah

19. poli- = politeknik, poliklinik

20. multi- = multibahasa, multinasional


(Awalan mesti muncul di depan kata dasar)


b. AKHIRAN KATA NAMA


1. -an = jemputan, larian

2. -wan = olahragawan, sukarelawan

3. -wati = olahragawati, peragawati

4. -nita = biduanita, karyanita

5. -man = seniman, budiman

6. -is = novelis, artis

7. -ah = muslimah, ustazah

8. -isme = nasionalisme, patriotisme

9. -in = hadirin, muslimin

10. -at = muslimat, hadirat

11. -ik = fonemik, organik


(Akhiran mesti muncul di belakang kata dasar)


c. APITAN KATA NAMA


1. pe-...-an = pesiaran, pedalaman

2. peN-...-an :

   *pe-...-an = perumahan, pelarian

   *pen-...-an = penjualan, pencairan

   *pem-...-an = pembersihan, pembelian

   *peny-...-an = pemyampaian, penyiaran

   *peng-...-an = pengangguran, pengambilan

   *penge-...-an = pengeboman, pengehadan

3. peR-...-an = perbadanan, perebutan

4. ke-...-an = kelajuan, kedatangan


d. SISIPAN KATA NAMA


sisipan ada 4 saja iaitu -el-, -em-, -er-, -in-


Contoh :


tapak 》 telapak ~ (-el-)

kuncup 》kemuncup ~ (-em-)

kuping 》 keruping ~ (-er-)


IMBUHAN YANG MENERBITKAN KATA KERJA


a. AWALAN KATA KERJA


1. meN- :

    * me- = merawat, meragut

    * mem- = membaca, memukul

    * men- = mencabar, mendatang

    * meng- = mengikat, mengangkut

    * meny- = menyambut, menyepi

    * menge- = mengebom, mengelap

2. beR- = berjalan, bertindak

3. mempeR- = memperbesar, memperindah

4. terR- = terpijak, terambil

5. di- = disekat, diikat

6. dipeR- = diperbuat, diperjelas

7. peR- = perkenal, perbesar


b. AKHIRAN KATA KERJA


1. -kan = ambilkan, buatkan

2. -i = naiki, ampuni


c. APITAN KATA KERJA


1. meN-...-kan : 

    * me-...-kan = melarikan, mengerikan

2. men-...-kan = mendatangkan, menjadikan

3.mem-...-kan=membasuhkan, memisahkan

4.meny-...-kan=menyampaikan, menyeramkan

5.meng-...-kan=menghabiskan, menggalakkan

6.menge-...-kan=mengesyorkan, mengesahkan

7. meN-...-i : 

    * me-...-i = meragui, menamai

    * mem-...-i = memukuli, memayungi

    * men-...-i = mendapati, menjalani

    * meny-...-i = menyayangi, menyerupai

    * meng-...-i = menghargai, mengekori

    * menge-...-i = mengesyaki, mengelapi

8. beR-...-kan = berbantalkan, beribukan

9. beR-...-an = berdua-duaan, bersalaman

10. di-...-i = dilalui, dihadiri

11. di-...-kan = dilakukan, diterangkan

12.mempeR-...-kan=mempersendakan, memperdengarkan

13.mempeR-...-i=memperingati, mempersetujui

14. dipeR-...-i = dipersetujui, diperingati

15.dipeR-...-kan=diperuntukkan, diperbolehkan

16. ke-...-an = kepanasan, kehujanan

17.teR-...-kan+=terkendalikan, terperincikan 

18. teR-...-i+ = teratasi, ternaiki

19.menteR-...-kan*= menterbalikkan,mentertawakan

20.diteR-...-kan*=diterbalikkan, ditertawakan


d. SISIPAN KATA KERJA 


sisipan ada 4 saja iaitu -el-, -em-, -er-, -in-

Contoh :

Jajah 》jelajah ~ (-el-)



IMBUHAN YANG MENERBITKAN KATA ADJEKTIF


a. AWALAN KATA ADJEKTIF


1. teR- = tercantik, terindah


2. se- = sebaik, sepandai


3. ke- = kehormat ( awalan ni tak produktif )


4. pro- = prokerajaan, pro-Amerika


5. anti- = antisosial, anti-Israel


6. bi- = bilazim, biadab



b. AKHIRAN KATA ADJEKTIF


1. -wi = duniawi, manusiawi

2. -i = azali, insani, amali

3. -iah = insaniah, ilmiah

4. -is* = ekonomis, geografis

5. -if = aktif, kreatif

6. -al = praktikal, emosional



c. APITAN KATA ADJEKTIF


1. ke-...-an = kemelayuan,keibuan

INGATAN !!

KATA NAMA + ke-...-an = KATA ADJEKTIF

MELAYU + ke-...-an = kemelayuan

Tapi

KATA ADJEKTIF + ke-...-an = KATA NAMA

INDAH + ke-...-an = keindahan



d. SISIPAN KATA ADJEKTIF


Contoh sisipan : -el-, -em-, -er-, -in-

Contoh : serak 》 selerak ~ (-el-)