WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QOUTES IN MY WEBSITE.
PENGGANDAAN
MAKSUD : satu daripada proses membentuk perkataan iaitu dengan cara menggandakan kata dasar.
JENIS PENGGANDAAN ada 4 :
1. PENGGANDAAN SEMU
2. PENGGANDAAN PENUH
3. PENGGANDAAN SEPARA
4. PENGGANDAAN BERENTAK
JENIS PENGGANDAAN SEPARA ada 2 :
i) PENGGANDAAN SEBAHAGIAN DARIPADA KATA DASAR
ii) PENGGANDAAN SEBAHAGIAN DARIPADA KATA BERIMBUHAN
JENIS PENGGANDAAN BERENTAK ada 3 :
i) PENGGANDAAN BERENTAK PENGULANGAN VOKAL
ii) PENGGANDAAN BERENTAK PENGULANGAN KONSONAN
iii) PENGGANDAAN BERENTAK BEBAS
1. PENGGANDAAN SEMU
Maksud = kata itu tanpa digandakan TIDAK MENUNJUKKAN maksud yang jelas.
Contoh : kanak-kanak ✔️ (makna jelas)
: kanak ❌️ (makna tak jelas)
: rama-rama ✔️ (makna jelas)
: rama ❌️ (makna tak jelas)
2. PENGGANDAAN PENUH
Maksud = penggandaan sepenuh perkataan.
Contoh : rumah-rumah, guru-guru, buah-buah
INGATAN !!
(Penggandaan penuh BERBEZA DENGAN penggandaan semu kerana jika perkataan kanak-kanak tidak digandakan ia tidak ada makna yg jelas tetapi perkataan rumah sudah menunjukkan makna yg jelas tanpa digandakan...tetapi perkataan rumah digandakan menjadi rumah-rumah untuk menjadikan ia penggandaan penuh.)
CONTOH :
PENGGANDAAN SEMU :
kanak-kanak ✔️ (makna jelas)
kanak ❌️ (makna tak jelas)
PENGGANDAAN PENUH :
rumah (makna jelas tanpa digandakan)( morfem bebas)
rumah-rumah (digandakan perkataan itu untuk jadi penggandaan penuh)
3. PENGGANDAAN SEPARA
Maksud : penggandaan sebahagian daripada perkataan.
Jenis penggandaan separa :
i) penggandaan sebahagian daripada kata dasar
Contoh : lelaki, tetikus
ii) penggandaan sebahagian daripada kata berimbuhan
Contoh : bertalu-talu (ber- kata imbuhan)
: adik-beradik (ber- kata imbuhan)
4. PENGGANDAAN BERENTAK
i) penggandaan berentak pengulangan vokal
Contoh : kuih-muih (huruf ui kekal jadi ulang vokal)
ii) penggandaan berentak pengulangan konsonan
Contoh : huru-hara (huruf h & r kekal jadi ulang konsonan)
iii) penggandaan berentak bebas
Contoh : tunggang-langgang, kontang-kanting, kusut-masai
"Sekarang korang dah faham belum"
0 Comments