WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QOUTES IN MY WEBSITE.
PENGAKRONIMAN
Maksud : satu proses membentuk perkataan baharu dengan menggabungkan bahagian-bahagian tertentu daripada beberapa perkataan.
PEMBENTUKAN KATA AKRONIM ada 5 :
a. PENGGABUNGAN HURUF AWAL BEBERAPA PERKATAAN
Contoh :
UPSI ( Universiti Pendidikan Sultan Idris)
AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia)
b. GABUNGAN SUKU KATA DENGAN SUKU KATA BEBERAPA PERKATAAN
Contoh :
Tadika (Taman Didikan Kanak-kanak)
Asbut (Asap kabut)
c. GABUNGAN SUKU KATA DENGAN HURUF AWAL PERKATAAN
Contoh :
INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara)
Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara)
d. GABUNGAN SUKU KATA DENGAN PERKATAAN PENUH
Contoh :
jentolak (jentera tolak)
purata (pukul rata)
e. GABUNGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN KATA SECARA BEBAS
Contoh :
Kementah (Kementerian Pertahanan)
ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan )
Notes :
Proses morfologi sama pembentukan kata
Pembentukan kata berbeza dengan bentuk kata
Harap korang boleh fahamlah ye
0 Comments