WELCOME TO MY NOTESSY LYRICSY. 1 DAY 1 QOUTES IN MY WEBSITE.




KONSEP MORFEM


Maksud : Unit tatabahasa yang terkecil yang mempunyai makna dan fungsi tatabahasa.


Jenis Morfem ada 2 :

1. Morfem bebas

2. Morfem terikat


Jenis Morfem Terikat ada 3 :     
                                                    
A. Morfem terikat satuan.    

B. Morfem terikat terbahagi

C. Morfem terikat kompleks



1. MORFEM BEBAS

  • boleh berdiri sendiri
  • Contoh : pandai
  • (Pan + dai = pandai)....Abu sangat pandai.



2. MORFEM TERIKAT :

A. Morfem terikat satuan

  • terdiri dari awalan, akhiran, & sisipan
  • Contoh awalan : ber- (berjalan)
  • Contoh akhiran : -kan (betulkan)
  • Contoh sisipan : -el- (telunjuk) kata dasarnya : tunjuk



B. Morfem terikat terbahagi 

  • terdiri dari apitan
  • Contoh apitan : ke-...-an (keindahan)



C. Morfem terikat kompleks

  • gabungan 2 / lebih morfem terikat
  • Contoh : 
  •  Gabungan 2 : memper- (memperdaya)
                    (Gabungannya ada 2 iaitu mem+per)
  • Gabungan lebih : diper-...-kan (dipertingkatkan)
                    (Gabungannya ada 3 iaitu di+per+kan)




KONSEP ALOMORF

Maksud : kelainan /varian bagi sesuatu morfem terikat.


Alomorf bagi morfem terikat / imbuhan peN- ada 6:

1. pe-

2. pen-

3. pem-

4. peny-

5. peng-

6. penge-



KETERANGANNYA


1. pe-

  • Huruf/fonem awal pada kata dasar : l, r, m, ng, ny, w
  • Contoh : pelabur 
  • IMBUHAN : pe-
  •  KATA DASAR : Labur
  •  HURUF AWAL KATA DASAR : L
  • Contoh lain : penyanyi
  •  IMBUHAN : pe-
  • KATA DASAR : nyanyi
  • HURUF AWAL KATA DASAR : ny



2. pen-

  • Huruf/fonem awal pada kata dasar : t, d, c, j, sy
  • Contoh : penari 
  •  IMBUHAN : pen-
  •  KATA DASAR : tari
  •  HURUF AWAL KATA DASAR : t
  • (Sebab apa t?knp bkn n?sebab t digugurkan bila jumpa imbuhan pen-)
  • Contoh lain : penjual
  • IMBUHAN : pen-
  • KATA DASAR : jual
  • HURUF AWAL KATA DASAR : j



3. pem-

  • Huruf/fonem awal pada kata dasar : p, b, f, v
  • Contoh : pemberi 
  • IMBUHAN : pem-
  • KATA DASAR : beri
  • HURUF AWAL KATA DASAR : b
  • Contoh lain : pemukul
  • IMBUHAN : pem-
  • KATA DASAR : pukul
  • HURUF AWAL KATA DASAR : p
  • (Knp p? Knp bkn m? Sebab p digugurkan bila jumpa pem-)



4. peny-

  • Huruf/fonem awal pada kata dasar : s
  • Contoh : penyakit 
  • IMBUHAN : peny-
  • KATA DASAR : sakit
  • HURUF AWAL KATA DASAR : s
  • Contoh lain : penyapu
  • IMBUHAN : peny-
  • KATA DASAR : sapu
  • HURUF AWAL KATA DASAR : s



5. peng-

  • Huruf/fonem awal pada kata dasar : k,g, h, kh, gh & bunyi vokal.
  • Contoh : pengkhianat 
  • IMBUHAN : pen-
  • KATA DASAR : khianat
  • HURUF AWAL KATA DASAR : k
  • Contoh lain : pengambil
  • IMBUHAN : pe-
  • KATA DASAR : ambil
  • HURUF AWAL KATA DASAR : a
  • (Knp a? Sebab ,E,I,O,U ialah huruf vokal)



6.penge-

Kata dasar terdiri daripada perkataan satu suku kata

Contoh : pengecat, pengelap


KONSEP MORFOFONEM


konsep morfofonem dikaitkan dengan KEHADIRAN BUNYI/FONEM/HURUF pada sesuatu MORFEM TERIKAT apabila MORFEM TERIKAT digabungkan dengan kata dasar.

(Senang cite dia ada bunyi sengau iaitu huruf N)

Contoh : peN-, meN- 



KONSEP KATA


maksud = unit tatabahasa yang terkecil,bebas dan mempunyai makna.


AYAT MINIMAL

  • maksud = ayat yg mengalami pengguguran beberapa unsur.
  • (Biasanya dia ada kat AYAT TANYA,AYAT PERINTAH & AYAT JAWAPAN)
  • Contoh : Awak makan apa?
  • Jawapan : Roti (ni dah ayat minimal)



INGATAN !!!
Ayat minimal = morfem bebas


KONSEP KATA AKAR


Maksud = kata yang tidak boleh berdiri sendiri. Ini memerlukan kehadiran morfem lain dalam penggunaannya.

Contoh : petani

Kata dasar : tani

Morfem terikat : pe- 

(Ini morfem terikat satuan sebab dia AWALAN)


INGATAN !!!
1. Kata ni boleh bergabung dengan mana-mana morfem tak kira morfem bebas ke morfem terikat satuan ke morfem terikat terbahagi or morfem terikat kompleks.

2. Kata akar = morfem terikat bukan imbuhan.


KONSEP KATA DASAR

Maksud = kata yg menjadi dasar bagi sesuatu perkataan.


ADA 6 JENIS KATA DASAR :

1.KATA AKAR

  • Contoh perkataan : berleter
  • Kata dasar : leter


2. KATA TUNGGAL

  • Contoh perkataan : keindahan
  • Kata dasar : indah


3. KATA TERBITAN

  •  Contoh perkataan : keberangkatan
  • Kata dasar : berangkat


4. KATA GANDA

  • Contoh perkataan : buah-buahan
  • Kata dasar : buah-buah


5. KATA MAJMUK

  • Contoh perkataan : pemberitahuan
  • Kata dasar : beritahu


6. FRASA

  • Contoh perkataan : ketidakstabilan
  • Kata dasar : tidak


"So, Korang dah faham"